Ulasan : King’s League Untuk iOS

Saban hari semakin banyak aplikasi permainan yang dihasilkan pembangun tempatan. Sama ada sedar atau tidak, terdapat banyak syarikat tempatan yang berbakat dan telah menempa nama di pasaran antarabangsa. Salah satu permainan menarik yang memfokuskan pengguna iOS daripada Kurechii Studio yang diterbitkan baru-baru ini adalah King’s League Odyssey.

KingsleagueodysseyDalam permainan ini, pemain akan memegang watak Tristan, seorang pemuda dari kampung dalam pengembaraan untuk menjadi hulubalang raja Kurestal, digelar Kurestal Knights. Namun pemain bukanlah hero seorang diri, tetapi akan mengendali satu pasukan dengan 5 perwira yang lain dengan kelas yang berbeza. Tugas utama anda adalah untuk memenangi perlawanan, menjajah kampung untuk mendapatkan sumber demi mengembangkan pasukan anda, menjelajah ke serata ceruk bandar, hutan belantara serta gunung untuk mencari bakat pasukan knight anda untuk melindungi raja pada misi mendatang.

Pengendalian Pasukan

Permainan yang tampak comel dan ringkas ini agak menarik dari segi strategi dan pengurusan. Sebagai ketua pasukan, anda juga akan merekrut perwira lain, melatih mereka untuk menaikkan kemahiran serta kekuatan mereka. Terdapat 5 kategori (Job) perwira yang berbeza, iaitu Knight, Warrior, Magician, Archer, serta Thief. Setiap satu kategori juga mempunyai kelas (Class) yang berbeza. Seperti contoh dalam kategori Knight, terkandung juga Templar dan Paladin dan selebihnya yang mempunyai kemahiran berbeza. Juga didalam Thief (Job), terkandung Rogue & Assassin. Seperti permainan RPG yang lain, setiap job juga mempunyai skill yang berbeza, seperti contoh Thief merupakan seorang perwira yang mempunyai serangan kritikal dan mampu mengelak serangan musuh tetapi mempunyai nyawa yang kurang berbanding Paladin yang mempunyai nyawa tinggi, tetapi serangan yang suam-suam kuku sahaja.

2013-12-03 13.21.50

Setiap pasukan mempunyai 5 slot dan pemain perlu menyusun strategi untuk meletakkan perwira mereka. Saya meletakkan Knight, Lancer, Thief, Javelineer, dan Priest. Latihan yang diberikan juga akan menaikkan attribute yang berbeza. Terdapat dua kategori latihan yang boleh diberikan bermula Basic Training dan Advance Training hanya boleh dilakukan apabila pemain menaiktaraf fasiliti latihan mereka. Pilihan latihan seperti Read akan menaikkan kepandaian perwira, dan penting untuk Magician. Juga pilihan latihan seperti Dance akan menaikkan kelajuan perwira, yang penting untuk Thief. Latihan yang diberikan akan mengambil masa beberapa hari. Agak penting untuk menaikkan kemahiran perwira untuk memenangi pertandingan. Untuk setiap latihan, ia akan memakan masa dan pemain mempunyai masa terhad sebelum perlawanan knighting diadakan.

2013-12-03 13.12.30

Mengarah dan Menjajah

2013-11-28 20.47.56

Untuk menaikkan kebolehan perwira, merekrut perwira, dan juga menaiktaraf fasiliti latihan serta misi, dua sumber utama diperlukan iaitu duit dan juga kristal. Duit diperlukan terutamanya dalam menyerang dan menahan serangan anasir luar terhadap jajahan pemain, merekrut perwira serta menaiktaraf fasiliti latihan. Kristal diperlukan untuk menaikkan tahap perwira dan juga untuk menambah kemahiran perwira tersebut. Demi mendapatkan sumber tersebut, pemain boleh melaksanakan misi yang akan diberikan oleh pihak seperti The Royal Contingent, Golden Scales. Sesetengah pihak seperti Blades of Glory dan Shadow Corps hanya boleh diperoleh melalui misi tertentu dan juga penaiktarafan fasiliti tertentu.

2013-11-28 20.47.08

Peta diatas menunjukkan kawasan yang telah dijajah oleh pemain. Biru menunjukkan kampung serta bandar yang telah dijajah dan kesemua jajahan ini akan memberikan sumber kristal dan juga duit. Sekiranya jajahan tersebut diserang, pemain diberikan masa 30 hari (dalam permainan) untuk menahan serangan tersebut.

Corak Perlawanan

2013-12-03 13.39.22

5 perwira perlu dipilih untuk memenangi sebarang perlawanan baik melawan pasukan lain, menyerang kampung, dan juga mengusir penjajah kampung anda. Sebaik sahaja pemain menekan butang Engage, perlawanan dimulakan dan pemain boleh melihat bar nyawa pasukan mereka secara keseluruhan dan juga nyawa setiap perwira. Pemain juga boleh melihat status seperti Dodge, Critical, dan juga apabila karekter mati. Sekiranya pemain mempunyai Priest, perwira lain boleh disembuhkan namun ianya terhad kepada kelajuan Priest tersebut untuk melaksanakannya. Setelah perlawanan tersebut tamat, pemain akan memperoleh duit atau kristal, tertakluk kepada ganjaran yang dinyatakan. Sesetengah misi/serangan tidak memberikan kristal.

2013-12-03 13.39.31

Semasa bermula, misi pemain adalah untuk menjadi perwira hulubalang raja Kurestal dan setelah memenangi liga Knight diraja, mod permainan yang pada mulanya mengikut hari, akan menjadi Endless Mode dimana pemain bebas untuk memainkan permainan tersebut tanpa mempunyai misi tertentu. Misi diberikan oleh pihak lain pula dilihat sebagai berulang-ulang.

2013-11-28 20.46.44

Kesimpulan

BestNewGames_2

Permainan ini menekankan kepada strategi dan pengendalian pasukan. Banyak faktor perlu ditimbang-tara dalam menjadikan setiap perwira semakin kuat untuk memenangi perlawanan. Ia bukanlah permainan untuk mereka yang gemar permainan secara ringkas seperti permainan hack and slash dan ia lebih kearah permainan Championship Manager. Dari segi grafik, pujian melampau perlu diberikan kerana grafiknya sangat cantik dan banyak pendetilan dilakukan untuk setiap perwira yang berbeza. Permainan ini hanya terdapat pada platform iOS pada harga USD 3.99 dan pada masa ulasan ini ditulis, ianya dijual pada harga USD 1.99.

Pujian sekali lagi perlu diberikan buat permainan yang turut mendapat tempat ‘Best New Games’ pada muka hadapan iTunes. Bukan senang untuk permainan buatan tempatan memperoleh liputan sebegitu dan ini sekaligus menunjukkan pembangun tempatan boleh bersaing di arena pasaran antarabangsa.

Pro:

  • Permainan strategi pengendalian pasukan yang menarik dan mencabar.
  • Kualiti grafik dan gubahan bunyi yang sangat baik.
  • Banyak faktor perlu difikirkan jadi menambah keasyikan terhadap permainan ini.

Kontra:

  • Perlawanan yang agak berulang-ulang boleh membosankan pemain.
  • Learning Curve yang agak mengambil masa untuk membiasakan diri dengan permainan sebegini.
  • Perwira yang digunakan dalam Easy Mode tidak boleh dibawa ke Hard Mode / Insane Mode.

Nota: