Disney Menawarkan Senarai Permainan Percuma Untuk Windows Phone Dalam Tempoh Terhad

Wheres My Water 1Disney sedia menawarkan beberapa permainan menarik pada peranti pintar seperti siri permainan Where’s My Water. Permainan seperti ini bukan sahaja menghiburkan pengguna malah turut menjadi salah satu aplikasi popular di gedung aplikasi utama. Sejajar dengan musim perayaan yang bakal tiba kelak, pihak Disney telah menawarkan senarai permainan percuma secara eksklusif untuk pengguna Windows Phone.

Permainan Where’s My Water hadir dalam bentuk permainan menguji minda yang mana pengguna perlu mengalih dan melancarkan saluran air sehingga ke tempat yang dikehendaki dengan menawarkan sehingga 400 aras permainan. Kini permainan Where’s My Water telah memasuki siri kedua melalui Where’s My Water 2 yang turut ditawarkan secara percuma bersama-sama tawaran eksklusif ini.

Turut sama yang mempunyai bentuk cara permainan seperti Where’s My Water ialah permainan Where’s My Perry dan Where’s My Mickey yang menguji pengguna dalam misi mencari Perry Platypus dan Mickey Mouse yang terperangkap di dalam saluran rahsia.

Free Games

Selain daripada permainan siri Where’s My Water, turut menjadi aplikasi percuma di dalam tawaran ini ialah permainan Wreck-it Ralph yang diadaptasikan melalui filem Disney dan permainan video klasik. Permainan Wreck-it Ralph hadir dengan beberapa jenis permainan dan salah satu permainan popular di dalamnya adalah permainan membaiki kerosakan yang dilakukan Ralph selaku pemusnah harta benda dalam permainan ini diikuti Felix yang menjadi watak membaiki kerosakan yang dilakukan oleh Ralph.

FixItFelix

Monster University pula salah satu permainan endless running seperti Temple Run yang mana pengguna dikehendaki untuk mengumpul seberapa banyak mata dalam satu larian tanpa had. Permainan ini hadir dengan pelbagai rintangan dan cabaran semasa larian dan ditawarkan sehingga 30 aras permainan yang menarik perhatian pengguna.

Nota: