Ubuntu Untuk Android Tidak Lagi Dibangunkan Secara Aktif

Ubuntu untuk Android, ketika diperkenalkan sebelum ini telah menarik minat ramai pengguna seluruh dunia, memandangkan ia menyatukan sistem operasi Android, dan juga sistem operasi desktop dalam satu peranti.

Ia akan berfungsi menggunakan sistem operasi Android ketika digunakan dalam bentuk telefon pintar, dan apabila pengguna menghubungkan ia kepada monitor, ia turut boleh digunakan sebagai sistem operasi penuh Ubuntu.

Apa pun, kini ia dilihat tidak lagi dibangunkan secara aktif.

Menurut Canonical, perkara ini adalah disebabkan mereka tidak mempunyai sebarang rakan kerjasama (dari segi pengeluar peranti) untuk terus membangunkannya dari semasa ke semasa. Canonical turut mengatakan mereka terbuka untuk bekerjasama dengan sebarang pengeluar peranti untuk membangunkan Ubuntu untuk Android ini.

Jadi, mungkinkah kita akan dapat melihat perkembangan Ubuntu untuk Android, ataupun ianya akan tamat begitu sahaja selepas ini?

Nota: