Acer Iconia Tab 7 – Tablet Dengan Sokongan Panggilan Telefon Kini Di Malaysia – Berharga RM499

Acer Malaysia terus menambah penawaran tablet mereka di Malaysia, dimana terkini mereka mengumumkan penawaran Acer Iconia Tab 7 untuk pasaran Malaysia, dan dijual pada harga RM499.

Acer Iconia Tab 7

Acer Iconia Tab 7 membawakan skrin bersaiz 7-inci dengan resolusi 1024×600 pixel, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras, ruangan storan 16GB dengan sokongan kad mikro-SD, kamera belakang 2-megapixel da n kamera hadapan HD. Acer Iconia Tab 7 ini hadir dengan Android 4.2.2 dan dikatakan boleh dikemaskini kepada Android 4.4 KitKat. Beberapa aplikasi popular pihak Acer turut hadir pada peranti ini, termasuk penggunaan Acer Quick Mode.

Tablet ini juga turut dilihat hadir dengan sokongan panggilan telefoni, sekaligus membolehkan pengguna menggunakannya untuk menerima dan menjawab panggilan – sekiranya tidak kisah akan saiznya (atau boleh menggunakan aksesori tambahan supaya tidak kelihatan janggal ketika menjawab telefon).

Acer Iconia Tab 7 ini ditawarkan melalui beberapa saluran, dan salah satunya adalah melalui pasaraya Tesco, dimana peranti ini turut hadir dengan pelindung luar percuma, dan juga kredit RM30 untuk Tune Talk.

Acer Iconia Tab 7

Nota: