Twitter Dikatakan Mungkin Hadir Dengan Sebuah Aplikasi Khusus Untuk Permesejan

Twitter Dikatakan Mungkin Hadir Dengan Sebuah Aplikasi Khusus Untuk PermesejanTwitter akhir-akhir ini dilihat seperti memberikan perhatian dan fokus terhadap fungsi Direct Message mereka, dan terkini ia dikatakan penyedia perkhidmatan sosial tersebut sedang merancang untuk memperkenalkan sebuah aplikasi khusus yang didedikasikan untuk fungsi tersebut.

Perkhidmatan permesejan seperti menarik perhatian ramai pihak, dan tidak ketinggalan beberapa perkhidmatan popular seperti LINE, KakaoTalk, WeChat dan juga WhatsApp yang menawarkan fungsi serupa.

Berbeza dengan permesejan melalui aplikasi Twitter biasa, melalui aplikasi khusus ini kita akan dapat melihat pengguna Twitter untuk lebih aktif menghantar dan menerima mesej peribadi antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun, perkara ini boleh dikatakan hanya laporan awal, dan sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh syarikat yang sedang dalam proses penyediaan untuk IPO ini.

Nota: