Facebook Mungkin Menambah Fungsi “Baca-Kemudian” Pada Perkhidmatan Mereka?

Facebook SavedBeberapa perkhidmatan menjurus kepada langganan web dan artikel sedia mempunyai fungsi “Save For Later” atau “Read it Later”. Kini, ia dilihat laman sosial paling popular di dunia, Facebook turut sama akan menyertakan sokongan tersebut.

Melalui fungsi ini kelak, ia dikatakan akan lebih kepada sebagai sebuah bookmark, membolehkan pengguna menandakan sesuatu perkongsian di Facebook untuk dibaca pada kemudian masa, dan ia akan disimpan pada sebuah halaman khas.

Perkara ini mungkin akan memudahkan pengguna dalam mengikuti sesuatu berita atau perkongsian pada kemudian masa, dan mengelakkan mereka daripada terlupa.

Buat masa ini, tarikh bilakah ia akan diperkenalkan masih tidak diketahui lagi.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan fungsi ini? Adakah ia akan berguna ataupun sebaliknya?

Nota: