Tulang Punggung Bersama Seluar Dalam Ditemui

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Misteri tulang ditemui di ROMPIN, admin sebenarnya musykil jugak macam mana hanya Tulang Punggung Bersama Seluar Dalam Ditemui ? Kalau nak kata buaya gigit mesti dah hancur dah, ni jumpa Tulang Punggung Bersama Seluar Dalam. Macam pelik je macam pelik je, jom kita baca info di bawah :

Tulang Punggung Bersama Seluar Dalam Ditemui | ROMPIN – Seorang penduduk yang sedang berjalan-jalan di Pantai Tanjung Pahang, di sini setelah selesai memukat terkejut apabila menemui tulang punggung yang berseluar dalam di pantai itu.

Tulang Punggung Bersama Seluar Dalam Ditemui

Pada permulaanya, penduduk tersebut menyangka ia adalah rangka binatang dan memanggil rakan sekampung untuk mengesahkannya.

Pengerusi KRT Tanjung Gemok, Noor Azhar Abu Bakar, 50, berkata, penduduk kampung yang menjumpai rangka tersebut telah memanggilnya untuk mengesahkan ia rangka manusia atau binatang.

“Bila sampai di sana bersama beberapa penduduk lain, saya juga terkejut melihat rangka manusia yang tidak sempurna iaitu hanya ada bahagian punggung yang siap dengan seluar dalam. Bila lihat ada seluar dalam, maka sahlah itu rangka manusia,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, beliau juga telah memaklumkan kepada Ketua Kampung Tanjung Gemok, Mohd Zaker Awang mengenai penemuan rangka bahagian punggung manusia itu.

Dalam pada itu, Zaker yang dihubungi Sinar Harian berkata, beliau telah menghubungi pihak polis di Balai Polis Tanjung Gemok memaklumkan mengenai penemuan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya yang turut dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

“Pihak polis sedang melakukan siasatan ke atas rangka tersebut. Besar kemungkinan ia ada kaitan dengan beberapa kes lemas yang berlaku sebelum ini atau orang hilang yang belum dijumpai,” katanya.

Sumber

If you enjoyed this post, you should read this: ‘Lelaki Gajah’ India Menolak Tawaran Untuk Lakukan Pembedahan

Tulang Punggung Bersama Seluar Dalam Ditemui
Beki Mustaffa

Nota: