Terdapat Lebih 200,000 Aplikasi Di Windows Phone Store Hari Ini

Microsoft hari ini dilihat berkongsi akan beberapa maklumat berkaitan dengan Windows Phone Store dalam usaha untuk menarik lebih ramai pembangun menerbitkan aplikasi mereka pada platform tersebut.

Salah satunya adalah dimana pihak Microsoft berkongsi data semasa berkenaan bilangan aplikasi di Windows Phone Store.

Menurut Microsoft, terdapat lebih daripada 200,000 aplikasi yang sedia diterbitkan di Windows Phone Store hari ini.

Beberapa aplikasi popular juga turut tersedia pada platform tersebut, termasuk antaranya adalah WhatsApp, LINE, Instagram, dan beberapa yang lain.

Dengan Windows Phone Store yang diposisikan sebagai platform ketiga paling digunakan, mungkin kita akan terus dapat melihat perkembangan positif dari segi tawaran aplikasi dari hari ke hari pada platform tersebut.

Selain peningkatan aplikasi, pihak Microsoft (melalui Nokia) juga dilihat sedang memperluaskan sokongan pembelian aplikasi melalui bil telekomunikasi. Di Malaysia, buat masa ini DiGi sedia menyokong pembelian aplikasi melalui bil telekomunikasi dan ia mungkin akan diperluaskan ke syarikat telekomunikasi lain tidak lama lagi.

Nota: