ABNxcess mungkin tidak begitu popular dikalangan ramai pengguna buat masa ini. Ia merupakan salah satu syarikat penyedia perkhidmatan internet dan juga sokongan IPTV. Namun, lokasi sokongannya masih terhad buat masa ini.
Mungkin ramai sedia melihat beberapa papan tanda iklan memperlihatkan peranti Spice Mobile dan juga ALTEL Communication. Kedua-duanya telah mengumumkan kerjasama secara rasmi baru-baru ini, disamping mengumumkan salah satu peranti baru kepada umum.
Hari ini, pihak UMobile secara rasminya telah memperkenalkan sokongan rangkaian 4G LTE, sekaligus membawakan kelajuan internet sehingga 75 Mbps untuk pengguna prabayar, pascabayar dan juga pengguna jalur-lebar mudah-alih.
Maxis baru-baru ini telah menerima CEO baru, iaitu Morten Lundal. Dengan perubahan tampuk baru, semestinya ramai pengguna yang ingin mengetahui apakah perancangan beliau dan sebagainya.
Pada bulan Jun yang lepas, Malaysia telah menyatakan sokongan untuk penggunaan spektrum frekuensi 700MHz untuk tujuan telekomunikasi. Kini, ia dilihat melangkah setapak kehadapan apabila pihak SKMM mensasarkan tahun 2018 untuk membolehkan penggunaan spektrum 700MHz oleh syarikat telekomunikasi.
Setelah sekian lama tidak menawarkan klien khas untuk Linux, pihak Yes 4G kini dilihat telah memulakan ujian klien Yes Connect dalam bentuk beta kepada mereka yang menggunakan sistem operasi berasaskan Linux.
Tahun ini, kita dapat melihat beberapa syarikat telekomunikasi melancarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi mereka, 4G LTE. Terkini, UMobile bakal turut menyertainya, dan dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan mereka pada minggu hadapan.
Dengan akses internet menjadi salah satu penggunaan utama harian, kini kerajaan Terengganu merancang untuk menyediakan kemudahan akses WiFi percuma ke seluruh negeri bermula tahun hadapan.
YTL Communications pada tahun ini telah sedia menawarkan Chromebook kepada sekolah-sekolah seluruh negara dibawah program 1BestariNet. Hari ini, dalam terus mengukuhkan dan memperluaskannya, pihak YTL mengumumkan kerjasama dengan pihak Intel.