UMobile Bakal Melancarkan Perkhidmatan 4G LTE Pada Minggu Hadapan

UMobile 4GTahun ini, kita dapat melihat beberapa syarikat telekomunikasi melancarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi mereka, 4G LTE. Terkini, UMobile bakal turut menyertainya, dan dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan mereka pada minggu hadapan.

Melalui rangkaian 4G LTE, kebanyakkan penyedia perkhidmatan menjanjikan kelajuan antara 3 ke 5 kali ganda lebih laju berbanding 3G sebelum ini.

Tawaran UMobile bakal diumumkan pada minggu hadapan, dan diperkatakan akan menjadi yang terawal untuk menawarkan perkhidmatan LTE untuk pelanggan prabayar.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan UMobile pada minggu hadapan.

Nota: