Asus hari ini memulakan acara CES 2014 mereka dengan memperkenalkan Asus Transformer Book Duet yang mana membawakan sokongan sistem operasi Android dan Windows dalam mod tablet serta komputer riba.
Asus Fonepad 7 telah mula dijual di Malaysia sejak bulan Oktober yang lepas. Menariknya, bagi pengguna peranti berkenaan, kini kemaskini Android 4.3 Jelly Bean telah tersedia untuk dimuat-turun, sekaligus menyertakan beberapa fungsi baru untuk Asus FonePad 7.
Tablet Windows 8-inci kini telah menjadi fokus ramai pengeluar, dan nampaknya Asus tidak ketinggalan dan akan hadir dengan sebuah tablet baru bersaiz 8-inci.
Selepas video teaser pertama yang diterbitkan beberapa hari lepas, kini Asus turut sama hadir dengan video teaser kedua mereka, dan memperlihatkan angka 4,5,6 melalui beberapa bebola.
Seperti mana yang dinantikan, pihak Asus telah pun melancarkan peranti hibrid terbaru mereka, Asus PadFone Mini hari ini, yang mana membawakan gabungan telefon pintar dengan skrin bersaiz 4.3-inci serta tablet dengan skrin bersaiz 7-inci.
Asus bakal memperkenalkan Asus Padfone Mini pada minggu hadapan. Dengan beberapa hari berbaki sebelum pengenalannya, kini sebuah gambar hadir daripada @evleaks, memperlihatkan bagaimanakah rekabentuk Padfone Mini akan kelihatan kelak.
Asus sedia menawarkan beberapa peranti mudah-alih, dan salah satunya adalah keluarga Padfone yang mengabungkan telefon pintar dan juga tablet. Kini, varias daripadanya, Asus Padfone Mini bakal diperkenalkan pada minggu hadapan.
Asus sedia popular dengan tawaran produk-produk unik mereka, selain turut dipilih oleh Google untuk siri Nexus 7 sebanyak dua kali. Kini, mengikut laporan awal, Asus dikatakan akan turut hadir dengan peranti pelengkap (wearable device) pada tahun hadapan.
AMD sedia terkenal dikalangan para peminat gaming dan kini AMD Malaysia turut sama telah menambah tawaran kad grafik untuk pasaran tempatan dimana antaranya adalah AMD Radeon R9 290X, R9 290X, R9 280X, R9 270X, R7 260X dan juga Rz 250.