Asus Menerbitkan Video Teaser Kedua Untuk CES 2014 – Peranti 4,5,6-inci Akan Datang?

Selepas video teaser pertama yang diterbitkan beberapa hari lepas, kini Asus turut sama hadir dengan video teaser kedua mereka, dan memperlihatkan angka 4,5,6 melalui beberapa bebola.

Perkara ini membuatkan ramai hadir dengan spekulasi yang mana Asus akan memperkenalkan telefon pintar pada saiz 4-inci, 5-inci dan juga 6-inci.

Apa pun, info penuh berkenaan dengannya tidak diketahui lagi. Mungkinkah pihak Asus mempunyai kejutan mereka tersendiri pada acara CES 2014 kelak?

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya dalam masa lebih kurang seminggu lagi.

Nota: