Tablet Android Menggunakan Cip Intel 64-bit Dijangka Hadir Tahun Ini

Pada tahun lepas, Apple telah memulakan tradisi dengan memulakan cip 64-bit pada peranti mudah-alih mereka. Seperti biasa, dengan perkembangan dalam dunia cip, pengeluar peranti semestinya menantikan sokongan tersebut daripada pengeluar cip, dan pihak Intel dilihat mengatakan tablet berasaskan cip 64-bit akan hadir pada tahun ini.

Intel BayTrail

Cip Intel Bay Trail boleh dikatakan turut memfokuskan penggunaan pada peranti Windows 8.1 buat masa ini. Pada masa yang sama, dengan fokus Intel terhadap platform Android, ia turut tidak ketinggalan dan tablet yang menggunakan variasi 64-bit cip tersebut dijangka akan hadir tidak lama lagi.

Melalui penggunaan cip 64-bit untuk tablet Android, ia dilihat akan membawakan beberapa penambah-baikkan termasuk sokongan prestasi yang lebih baik, dan juga penambah-baikkan daripada sekuriti dan beberapa perkara lain. Pemprosesan yang menggunakan kuasa tinggi seperti ketika memainkan media, video, permainan dan sebagainya juga dilihat akan mendapat penambah-baikkan melalui penggunaan cip ini.

Selain Intel, kita juga mungkin akan dapat melihat pelbagai pengeluar lain memperlihatkan sokongan sama untuk platform Android tidak lama lagi.

Nota: