Moto G Baru Hadir Membawakan Skrin Bersaiz 5-inci HD, Dua Speaker Pada Bahagian Hadapan

Motorola, selain memperkenalkan Moto Hint, hari ini turut memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar baru yang mana merupakan kemaskini kepada keluarga Moto G yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Mengekalkan nama sama, ia membawakan beberapa perubahan baru bersama-sama dengannya.

moto-g2

Antaranya adalah dimana kini skrin 5-inci dengan paparan HD pada resolusi 1280×720 pixel, serta dilengkapi dengan sokongan audio lebih baik melalui speaker stereo mereka.

Motorola turut mengatakan yang mana ia akan kekal membawa pelbagai kemaskini Android dengan pantas, disamping pengguna boleh mengubah kerangka belakang mengikut rekaan kegemaran mereka.

Moto G 2014

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, memori kurang 1GB RAM, ruangan storan dalam variasi 8GB dan 16GB, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel, bateri berkapasiti 2070mAh, dan menggunakan Android 4.4.4 KitKat.

Motorola Moto G ini akan dijual bermula di Amerika Syarikat pada harga $179.99. Mungkin kita akan turut melihat ia hadir ke pasaran tempatan dalam masa terdekat ini.

Nota: