Sony Malaysia Melancarkan VAIO Tap 11 – Berharga RM2999

Sony sedia menawarkan tablet Android mereka, Xperia Z Tablet. Namun bagi mereka yang inginkan sesuatu berasaskan kepada Windows, hari ini Sony Malaysia turut sama memperkenalkan VAIO Tap 11 untuk pasaran tempatan.

Sony-Vaio-Tap-11

Sony VAIO Tap 11 merupakan tablet berasaskan cip pemprosesan Intel Pentium, dan dilengkapi sistem operasi Windows 8. Ia turut hadir dengan skrin bersaiz 11.6-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel.

Pihak Sony turut menawarkannya bersama-sama papan kekunci magnetik yang boleh digunakan sebagai pelindung skrin tablet berkenaan.

Di Malaysia, Sony VAIO Tap 11 ini akan dijual bermula bulan Disember ini.

Selain pengumuman tablet berasaskan Windows 8 ini, pihak Sony turut sama memperkenalkan tiga model komputer riba VAIO Fit mereka, iaitu 15A, 14A dan juga 13A yang mana bakal ditawarkan pada masa yang lebih kurang sama dengan jualan VAIO Tap kelak.

Nota: