HTC One E8 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 13 Ogos Ini

HTC One E8 adalah variasi HTC One M8 yang hadir dengan rekaan kerangka berasaskan plastik, disamping membawakan beberapa perubahan kecil pada peranti berkenaan. Kini, pihak HTC Malaysia dilihat bakal melancarkannya secara rasmi di Malaysia pada minggu hadapan.

HTC One E8 Malaysia

HTC One E8 hadir dengan cip pemprosesan dan spesifikasi lebih kurang sama, dimana perbezaannya adalah pada binaan kerangka, disamping turut menyertakan kamera belakang 13-megapixel menggantikan kamera Ultrapixel yang digunakan pada HTC One M8.

Fungsi popular HTC seperti BoomSound, Blinkfeed, Motion Launch dan sebagainya turut dikekalkan pada peranti ini.

Harga rasminya dijangka akan diumumkan pada tarikh tersebut. Spekulasi awal mengatakan harganya adalah sekitar RM1699 untuk pasaran tempatan.

HTC One E8

Nota: