Sokongan Konsep “Windows In Car” Diperlihatkan

Google dan Apple masing-masing telah memperlihatkan sokongan sistem operasi mereka dalam kereta, dan nampaknya pihak Microsoft turut tidak ingin ketinggalan, dan memperlihatkan konsep sokongan “Windows In Car”.

Windows in Car

Windows in Car

Untuk makluman, pihak Microsoft sedia mempunyai sokongan sistem Windows Embedded yang digunakan oleh beberapa buah kenderaan untuk sistem inforia mereka, termasuk oleh Ford, Kia, dan sebagainya. Namun, melalui apa yang diperlihatkan untuk konsep ini, Microsoft ingin membawakan sokongan menghubungkan telefon Windows Phone ke kereta, dsamping menyertakan antaramuka yang lebih mesra pengguna dan juga pelbagai pilihan aplikasi yang dioptimasikan untuknya.

Windows in Car

Windows in Car

Buat masa ini, pihak Microsoft belum lagi menyatakan bilakah ia akan dilancarkan kepada pengguna.

Nota: