Ulasan: Windows 8.1 Update

Setelah memperlihatkan Windows 8.1 Update pada acara Build 2014, pihak Microsoft hari ini secara rasminya memperkenalkan kemaskini sistem operasi ini kepada pengguna umum.

Sebelum ini pihak Microsoft telah melancarkan Windows 8 pada 2012 yang hadir dengan antaramuka hibrid untuk pengguna desktop dan juga untuk peranti dengan sokongan skrin sentuh. Namun tidak ramai yang selesa dengan sistem operasi ini terutamanya bagi pengguna desktop atas faktor antaramukanya yang lebih mesra kepada elemen skrin sentuh.

Windows 8.1 Update without Taskbar-reupload

Windows 8.1 Update hadir dengan sejumlah kemaskini yang dapat membaiki lagi pengalaman pengguna bagi pengguna desktop tanpa sokongan skrin sentuh ini. Pihak Microsoft akur Windows 8 dan Windows 8.1 sebelum ini tidak begitu mesra pengguna bagi pengguna desktop dan menyebabkan pengguna terpaksa mengikut persekitaran skrin sentuh walaupun ketika menggunakan mouse dan keyboard.

Windows 8.1 Update-2-reupload

Melalui Windows 8 Update, pihak Microsoft telah menetapkan fungsi boot-to-desktop untuk diaktifkan secara automatik kepada semua peranti tanpa sokongan skrin sentuh.

Dalam pada itu, syarikat gergasi dari Redmond ini turut menyertakan butang shutdown pada bahagian Start Screen bagi memudahkan pengguna menutup PC tanpa perlu lagi ke bahagian Charm Bar yang agak tersorok daripada pandangan umum. Walau bagaimanapun, butang shutdown ini hanya akan terpapar sekiranya pengguna menggunakan peranti tanpa sokongan skrin sentuh sahaja. Namun, pihak Microsoft telah menyertakan butang carian untuk pengguna peranti skrin sentuh dan juga desktop bagi membolehkan carian dibuat terus melaluinya.

Windows 8.1 Update-3

Pada bahagian Start Screen pula, kemaskini ini turut menghadirkan sokongan context menu untuk semua pengguna tanpa sokongan skrin sentuh. Apabila pengguna membuat klik-kanan pada salah satu tile, context menu ini akan muncul dan di situ akan terdapat dengan beberapa tetapan seperti kebolehan mengubah saiz tile.

Windows 8.1 Update-5

Seperti memilih fail pada File Explorer, pengguna tanpa sokongan skrin sentuh kini perlu menekan butang Ctrl untuk membuat pilihan (selection) pada tile, berbanding sebelum ini hanya sekadar menekan klik-kanan pada tile untuk membuat pilihan.

Melalui Windows 8.1 Update juga pihak Microsoft turut menampilkan sebuah title bar baru di atas permukaan aplikasi Windows Store. Ia menyertakan butang close dan minimize bagi membolehkan pengguna menutup atau mengecilkan aplikasi dengan lebih mudah lagi. Namun begitu, fungsi ini hanya hadir kepada pengguna tanpa sokongan skrin sentuh.

Windows 8.1 Close Button

Bagi pengguna yang mempunyai sokongan skrin sentuh, fungsi title bar pada aplikasi Windows Store tidak dapat diaktifkan sehingga pengguna menggunakan touchpad atau mouse dan membawa kursor ke bahagian paling atas aplikasi Windows Store.

Melalui Windows 8.1 Update, pihak Microsoft juga turut membolehkan aplikasi Windows Store untuk berada pada taskbar. Sekiranya fungsi ini diaktifkan, aplikasi Windows Store boleh di-pin oleh pengguna dan akan berada pada taskbar di desktop dengan kebolehan window preview untuk setiap aplikasi ini.

Windows 8.1 Update-7

Selain itu, fungsi ini juga membolehkan pengguna desktop tanpa sokongan skrin sentuh membawa kursor di bawah aplikasi Windows Store untuk memaparkan taskbar dan membuat fungsi multitasking padanya. Taskbar ini dipaparkan di atas permukaan aplikasi Windows Store dan juga boleh dipaparkan ketika pengguna berada di Start Screen.

Windows 8.1 Update-4

Windows 8.1 Update dalam masa yang sama turut menetapkan semula aplikasi default seperti lagu, gambar, dan video untuk dibuka pada aplikasi desktop seperti Windows Media Player. Sebelum ini, fail seperti lagu dibuka secara automatik dengan aplikasi Windows Store dan perkara ini tidak begitu mesra pengguna bagi pengguna tidak menggunakan skrin sentuh.

Selain turut tidak ketinggalan, Windows 8.1 Update turut dijadikan sebagai persediaan daripada Microsoft kepada para pengeluar yang ingin menyediakan peranti berspesifikasi rendah. Melalui kemaskini ini, pihak Microsoft telah merendahkan keperluan sistem dengan spesifikasi minima hanya serendah 1GB RAM dan 16GB muatan dalaman.

Windows 8.1 Update-1

Namun, perkara ini tidak bermakna Windows 8.1 Update akan menjimatkan lagi storan pengguna dan perkara ini hanya sekadar spesifikasi cadangan daripada Microsoft untuk para pengeluar dalam menampilkan peranti berspesifikasi rendah.

Dengan Windows 8 Update, mungkin selepas ini kita bakal melihat lebih banyak lagi peranti berkos rendah bakal hadir ke pasaran selain meningkatkan lagi penggunaan Windows 8.1 bagi pengguna desktop seiring dengan pengoptimasian yang dilakukan melalui kemaskini ini.

Windows 8 Update boleh dimuat-turun secara percuma melalui saluran Windows Update untuk semua pengguna Windows 8 dan Windows 8.1 bermula hari ini.

Nota: