Sokongan Google Now Diperkenalkan Pada Chrome Untuk Windows Dan Mac

Setelah diuji pada saluran beta sebelum ini, hari ini pihak Google secara rasminya mula memperkenalkan sokongan Google Now secara berperingkat kepada semua pengguna Chrome di Windows dan juga Mac.

Google Now - Chrome Beta

Menurut Google, fungsi Google Now Cards akan diperlihatkan sekiranya pengguna menggunakan ia pada peranti mudah-alih, dan telah log masuk ke akaun Google di pelayar web Chrome.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh mengetahui pelbagai info semasa dengan pantas, termasuk paparan cuaca semasa, paparan trafik dan notifikasi untuk anda tiba disesuatu lokasi tepat pada masanya, dan beberapa perkara lain.

Bersama-sama dengannya, sokongan carian suara turut disediakan untuk memudahkan pengguna membuat carian melalui pelayar web desktop mereka.

Sokongan Google Now ini dikatakan akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Chrome di saluran stabil.

Nota: