YouTube Memperkenalkan Sokongan Penstriman Langsung Kepada Semua

YouTube, selain digunakan sebagai platform perkongsian video, ia juga turut menyertakan fungsi untuk membuat penstriman langsung menggunakannya. Fungsi yang terhad kepada beberapa saluran sahaja sebelum ini, kini diperluaskan kepada semua pengguna YouTube.

YouTube LiveKini, semua akaun YouTube yang mempunyai status akaun yang baik (tidak menerima sebarang notif hakcipta dan sebagainya), mereka boleh membuat penstriman langsung menggunakannya.

Untuk mengaksesnya, pengguna hanya perlu ke halaman Video Manager, dan mencubanya menggunakan pautan “Live Events”.

Selain sokongan melalui YouTube Live, pengguna juga kini boleh membuat Google+ Hangouts on Air terus melalui halaman pengurus YouTube Live.

Kedua-dua fungsi baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepasa semua akaun pengguna bermula hari ini.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat lebih banyak penstriman langsung dibuat menggunakan platform YouTube selepas ini?

Nota: