Snap Untuk BlackBerry 10 Memudahkan Pengguna Memasang Aplikasi Dari Google Play

Bersama-sama pengenalan BlackBerry 10.2.1, salah satu fungsi baru yang disertakan adalah kebolehan memasang aplikasi Android dengan mudah. Namun, mungkin pengguna agak tidak menyukai untuk menghubungkan peranti ke komputer setiap kali ingin memasangnya.

Untuk mengatasinya, terdapat beberapa klien Google Play untuk BlackBerry 10, dan salah satunya adalah Snap.

Untuk memasang Snap, pengguna perlu sideload fail BAR yang ditawarkan percuma ke peranti BlackBerry 10 anda. Sebaik sahaja selesai sideload, anda perlu log masuk ke akaun Google anda, dan seterusnya boleh memuat-turun pelbagai aplikasi dari Google Play dengan mudah.

Snap turut menyediakan sebuah halaman khas untuk membolehkan pengguna turut mengakses aplikasi-aplikasi yang telah dibeli oleh anda sebelum ini.

Flappy Bird BlackBerry

Dari penggunaan kami, beberapa aplikasi yang dipasang menggunakannya dilihat berfungsi tanpa sebarang masalah pada peranti BlackBerry 10 kami. Mungkin sekiranya anda ingin memasang aplikasi Android pada peranti BlackBerry 10, Snap merupakan salah satu kaedah mudah untuk melakukannya.

Nota: