Twitter Mengambil-Alih Cover – Aplikasi LockScreen Untuk Android

Twitter CoverTwitter sedia mengambil-alih beberapa syarikat sebelum ini, dan hari ini mereka mengumumkan pengambil-alihan sebuah syarikat memfokuskan kepada aplikasi lockscreen di Android, dipanggil Cover.

Cover memfokuskan kepada memperlihatkan aplikasi yang tertentu mengikut masa dan lokasi, sekaligus memudahkan pengguna membuka dan mengakses apa yang diperlukan.

Pengambil-alihan ini dilihat akan membolehkan Twitter memfokuskan dengan lebih menyeluruh pada platform Android, dan membawakan lebih banyak fungsi-fungsi menarik kepada para pengguna.

Cover hanya ditawarkan di beberapa buah negara sahaja buat masa ini, dan Twitter dilihat akan terus menawarkan muat-turunnya buat masa ini.

Kemaskini : Cover dilihat sedia untuk dimuat-turun oleh semua.

Nota: