Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
Sindiket Curi Wang ATM Terbongkar! | Assalamualaikum dan selamat pagi kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati. Tadi Dr Fuh belek-belek beberapa laman berita, kemudian terbaca satu berita yang agak mengejutkan dimana seorang warga Poland telah tertangkap diatas kesalahan sindiket curi wang ATM. Ikuti laporan penuh yang dipetik dari laman Berita Harian Online.
Kuala Lumpur: Penahanan seorang lelaki warga Poland membongkar kegiatan sindiket mencuri wang dari mesin ATM yang menggunakan taktik licik sehingga langsung tidak disedari mangsa.
Modus operandi sindiket ialah memasang alat pengimbas yang dilekatkan di ruang pengguna memasukkan kad ATM serta kamera pengintip yang menghala ke papan kekunci.
Alat pengimbas berkenaan membolehkan sindiket membaca maklumat dalam kad ATM pengguna ketika kad dimasukkan untuk pengeluaran wang sebelum kamera pengintip merakam pergerakan jari ketika mangsa memasukkan nombor PIN kad ATM mereka.
Kepada pengguna-pengguna kad ATM berhati-hatilah dan sentiasa beringat kerana perkara sebegini tidak mustahil boleh berlaku kepada kita.
Incoming search terms:
If you enjoyed this post, you should read this: People