Kebakaran Patung Lilin Di I-City Shah Alam

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Kebakaran Patung Lilin Di I-City Shah Alam | Di dalam dunia ini tidak mustahil untuk seseorang itu cemburu dengan kejayaan kita dan mensabotaj kita, antara yang berlaku Kebakaran Patung Lilin Di I-City Shah Alam. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes mensabotaj kerana terdapat gambar CCTV. Baca berita lanjut :

Kebakaran Patung Lilin Di I-City Shah Alam

SHAH ALAM: Siasatan sedang dijalankan untuk memastikan bagaimana tiga lelaki dapat memasuki muzium lilin interaktif, Red Carpet @I-City dan membakar beberapa patung lilin yang dipamerkan.

Pengurus maklumat I-City, Tang Soke Ching berkata polis mengesyaki ia adalah satu perbuatan sabotaj.

Beliau menambah mereka yang melakukan perbuatan khianat itu telah mendapat akses ke dalam premis itu melalui pintu masuk di mana anggota keselamatan bertugas, kira-kira pukul 3 pagi, Rabu.

“Sebab itu polis mengesyaki ia adalah perbuatan sabotaj,” kata Tang, sambil menambah polis juga menyiasat jika tiga suspek itu mempunyai rakan sejenayah yang lain.

i1 Kebakaran Patung Lilin Di I City Shah Alam

CCTV menunjukkan Seseorang tengah cuba untuk membakar patung lilin yang berada di dalam i City Shah Alam

Beliau berkata rakaman kamera litar tertutup TV (CCTV) juga disediakan kepada media menunjukkan tiga lelaki membakar ruang pameran.

Terdahulu, dilaporkan lebih daripada 10 patung lilin telah musnah di Red Carpet I-City selepas berlaku kebakaran awal hari Rabu.

Tiada kemalangan jiwa direkodkan.

Tidak perlu rasanya untuk mensabotaj orang kerana rezeki Allah tu dimana mana, kalau bukan hari ni mungkin Allah nak berikan rezeki itu minggu depan ataupun hari yang lain.

Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Event

Kebakaran Patung Lilin Di I-City Shah Alam
Beki Mustaffa

Nota: