Samsung Menjual Lebih 10 Juta Galaxy Note 3 Dalam Masa Dua Bulan

Samsung hari ini mengumumkan yang mana phablet terbaru mereka, Galaxy Note 3 telah pun terjual sebanyak 10 juta unit dalam masa lebih kurang dua bulan sejak ia dilancarkan. Perkara ini menjadikan penjualannya lebih pantas berbanding peranti keluarga sama sebelum ini.

Galaxy Note 3 sendiri menerima pelbagai pujian daripada pengguna dan pengulas seluruh dunia, apatah lagi dengan tawaran beberapa fungsi yang menarik bersama-sama dengannya.

Untuk meraikan kejayaan ini, Samsung turut hadir dengan sebuah infografik khas yang memperlihatkan pelbagai peranti mereka yang telah berjaya dijual lebih 10 juta unit seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Angka 10 juta ini walaupun dilaporkan oleh Samsung sebagai “jualan”, namun ramai yang mengatakn angka tersebut adalah pengeluaran kepada saluran penjual serta pengedar – dan bukannya jualan kepada pengguna umum.

Apa pun, angka 10 juta boleh dikatakan salah satu angka yang tinggi, apatah lagi dicapai dalam masa yang amat singkat.

Samsung 10 Juta

Nota: