Samsung Galaxy Note 3 Neo Kini Ditawarkan Untuk Pasaran Malaysia

Pada penghujung bulan Januari yang lepas, pihak Samsung telah memperkenalkan salah satu variasi phablet keluarga Note, iaitu Galaxy Note 3 Neo. Kini, selang beberapa bulan selepasnya, ia telah mula ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy Note 3 Neo

Galaxy Note 3 Neo yang ditawarkan untuk pasaran tempatan adalah versi enam-teras Exynos, iaitu membawakan gabungan penggunaan cip pemprosesan 1.7GHz dwi-teras dan juga cip pemprosesan 1.3GHz empat-teras. Ia turut dilengkapi dengan kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, memori 2GB RAM, dan juga bateri berkapasiti 3100mAh.

Memandangkan peranti yang ditawarkan untuk Malaysia adalah versi Exynos, maka ia hanya sekadar menyokong sambungan rangkaian 3G sahaja, dan bukannya LTE.

Apa pun, fungsi-fungsi popular pada Note, seperti sokongan S-Note, Pen Windows, Multi-Window dan sebagainya dikekalkan pada peranti yang menggunakan Galaxy Note 3 Neo ini.

Di Malaysia, Galaxy Note 3 Neo dijual pada harga RM1699.

Samsung Galaxy Note 3 Neo

Nota: