Samsung Galaxy J Dilancarkan Secara Rasmi Di Taiwan

Selepas memperlihatkan sebuah teaser ringkas beberapa hari yang lepas, pihak Samsung hari ini telah pun melancarkan secara rasmi peranti Galaxy J mereka kepada pasaran Taiwan. Taiwan menjadi pasaran kedua selepas Jepun untuk menerima telefon pintar tersebut.

Samsung Galaxy J

Samsung Galaxy J

Galaxy J menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1920×1080 pixel, memori sebanyak 3GB RAM, cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3GHz, dan kamera 13-megapixel dengan sokongan rakaman 4K.

Secara kasarnya, boleh dikatakan ia membawakan gabungan spesifikasi daripada Galaxy S4 dan juga Galaxy Note 3 dalam satu peranti.

Rekaan peranti juga boleh dikatakan agak menarik, jikalau dibandingkan dengan Samsung Galaxy S4 sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan diperluaskan ke beberapa pasaran lain, termasuk Malaysia.

Samsung Galaxy J

Jadi, apa kata anda berkenaan Galaxy J ini?

Nota: