Samsung Dan Deezer Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Bekerjasama

Pada tahun lepas, perkhidmatan muzik telah menjadi salah satu tumpuan dengan beberapa perkhidmatan dilancarkan untuk pasaran tempatan, termasuk salah satunya adalah Deezer. Menariknya, mengikut laporan Reuters, ia turut dikatakan Samsung dan Deezer dalam perbincangan awal untuk kerjasama.

Deezer Mac OS X

Ia dikatakan Deezer dan Samsung sedang melihat untuk beberapa kaedah kerjasama, termasuk berkemungkinan pihak Samsung membeli sedikit pegangan pada syarikat muzik atas-talian berkenaan.

Deezer sebelum ini telah diperkenalkan pada tahun 2006 yang lepas, dan kini mempunyai lebih 12 juta pengguna seluruh dunia. Di Malaysia, mereka turut bekerjasama dengan DiGi dalam membawakan perkhidmatan merkea kepada lebih ramai pengguna.

Sekiranya kerjasama antara kedua-dua pihak ini berhasil, maka mungkin kita akan melihat perkhidmatan Deezer disertakan pada peranti Galaxy daripada Samsung. Ia juga mungkin akan terus melengkapkan perkhidmatan muzik Samsung yang boleh dikatakan hanya terhad untuk beberapa buah negara sahaja buat masa ini.

Nota: