Pelajar Berhadapan Penjara 6 Tahun Kerana Hina Jogjakarta Di Laman Sosial

Di Malaysia sejak seminggu yang hangat dengan kes akta hasutan. Beberapa minggu sebelum itu pula seorang blogger picisan Malaysia didenda RM 10 000 kerana menghina Yang Dipertuan Agung. Di laman sosial kami lihat ramai yang mengatakan apa yang berlaku ini hanya akan berlaku di Malaysia. Ini adalah tidak benar sama sekali. Sabtu lalu seorang pelajar guaman di Indonesia ditahan pihak polis kerana dikatakan mengeluarkan komen berunsur menghina terhadap warga bandaraya Jogjakarta.

Florence Sihombing (26)  ditahan selepas meninggalkan komen di bawah pada laman media sosial Path.

“Jogja miskin, tolol, dan tak berbudaya. Teman-teman Jakarta-Bandung jangan mau tinggal di Jogja.”

Pelajar ini meninggalkan komen tersebut pada 27 haribulan yang lalu selepas marah tidak dibenarkan membeli minyak tanpa subsidi di sebuah stesen petrol. Di Indonesia harga minyak di subsidi oleh kerajaan pada jumlah yang terhad. Oleh sebab itu pengguna perlu beratur panjang untuk membelinya. Florence enggan beratur panjang kerana kesuntukan masa dan mahu membeli minyak tanda subsidi yang tidak memerlukan beliau beratur. Malang sekali permintaan beliau ditolak pekerja stesen minyak dan ini menimbulkan kemarahan beliau.

Komentar beliau kemudian menjadi viral dan dikongsi ke Facebook dan Twitter. Penduduk Jogjakarta berang dengan komen tersebut dan beliau ditahan oleh pihak polis di bawah undang-undang  Informasi dan Transaksi Elektronik Indonesia 2008 . Penahanan beliau mendapat tentangan beberapa badan NGO yang merasakan tindakan menahan Florence adalah keterlaluan. Beliau sudahpun memohon maaf atas kesilapan beliau dan pihak NGO berkata ini sudah memandai untuk kesalahan yang tidak serius ini.

Media sosial kini semakin bahaya dan bagi kami adalah lebih baik berhati-hati dengan apa yang anda tulis. Apa sahaja yang ditulis boleh mengakibatkan hati sesetengah individu terguris dan boleh menyebabkan anda diheret ke muka pengadilan.

vwevKjuoiC

Sumber BBC Indonesia

 

 

Nota: