Samsung Bakal Memperkenalkan Galaxy Gear 2 Dan Galaxy Gear 2 Neo

Galaxy Gear 2Selain daripada Galaxy S5 dan juga Galaxy Tab 4 yang dinantikan pada Mobile World Congress, ia dilihat pihak Samsung turut sama akan memperkenalkan jam tangan pintar generasi baru – dimana bukan hanya satu, tetapi dua model berbeza.

Dikongsikan oleh @evleaks, dua model yang akan diperkenalkan adalah Samsung Galaxy Gear 2 dan juga Samsung Galaxy Gear 2 Neo. Secara kasarnya, ia boleh dikatakan keluarga “Neo” akan membawakan harga yang lebih murah berbanding harga Galaxy Gear 2, dan mungkin membawakan beberapa kekurangan berbanding versi asal – Galaxy Gear 2.

Daripada gambar, ia dilihat beberapa perbezaan kecil berbanding kedua-dua model tersebut. Namun, semestinya apa yang dinantikan ramai adalah adakah pihak Samsung telah mengatasi masalah ketahanan bateri yang dibawakan oleh generasi pertamanya? Dan adakah ia benar-benar akan menjalankan Tizen?

Kemaskini : Pihak @evleaks mengatakan ia tidak akan menggunakan penjenamaan Galaxy, sekaligus menguatkan lagi ura-ura berkaitan dengan pengguna sistem operasi Tizen.

Nota: