Galaxy Nexus Dikatakan Tidak akan Menerima Kemaskini Android 4.4 KitKat

Google melalui Android hanya menekankan kepada sokongan kemaskini selama 18 bulan sahaja, dan kini ia diumumkan yang mana kemaskini Android 4.4 KitKat tidak akan diterima oleh Samsung Galaxy Nexus.

Galaxy Nexus sebelum ini telah diperkenalkan pada 2011, dimana walaupun ia sudah hampir 2 tahun diperkenalkan, tetapi dari segi spesifikasi, ia masih boleh menerima kemaskini Android 4.4 KitKat.

Perkara ini semestinya mendukacitakan pengguna Galaxy Nexus, apatah lagi dengan pesaingnya, Apple yang menawarkan sokongan kepada peranti untuk tempoh yang lebih lama.

Sekiranya trend ini berterusan, mungkin kita akan melihat sokongan untuk Nexus 4 akan ditamatkan pada tahun hadapan.

Nota: