Pusat Transformasi Komuniti Universiti Bakal Dilancarkan Pada Akhir Minggu Ini

Minggu lepas kami telah kongsikan berkenaan karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (MY3L) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang berlangsung di SACC Shah Alam. Karnival tersebut berjaya menghimpunkan ramai hadirin yang berminat untuk mengetahui kursus yang ditawarkan oleh kolej komuniti berhampiran. Salah satu program kesinambungan ini adalah Pusat Transformasi Komuniti Universiti.

Pusat Transformasi Komuniti Universiti atau lebih dikenali dengan nama UCTC (University Community Transformation Centre) merupakan satu pusat perkhidmatan buat komuniti yang terletak di sekitar IPTA. Tujuan pusat ini diwujudkan adalah untuk memberi kemudahan buat komuniti untuk mengakses fasiliti-fasiliti yang wujud di universiti selain membuka peluang untuk program sukarelawan diantara siswazah dengan komuniti tempatan. Terdapat 6 IPTA yang mempunyai UCTC iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia, dan Universiti Malaya.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh UCTC adalah;

  • Fasiliti bukan kemudahan sukan seperti penginapan
  • Fasiliti sukan
  • Kursus jangka pendek
  • Program Latihan Perniagaan
  • Program Sukarelawan
  • Latihan Industri
  • Kursus Pengajian Umum
  • Program Pemindahan Ilmu
  • dan banyak lagi

UCTC ini telah dilaksanakan sejak bulan November tahun 2012 dan telah mencapai beberapa perkara, termasuk antaranya seramai 793 graduan IPTA tersebut menjadi usahawan. Lebih 633 program sukarelawan telah dilaksanakan sejak ia diperkenalkan.

Dalam mempromosi aktiviti sebegini untuk tahun hadapan, sabtu minggu ini akan berlangsung pelancaran program UCTC peringkat kebangsaan. Jadi untuk mengetahui aktiviti ini dengan lebih lanjut, hadirkan diri anda ke:

Lokasi: Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM)
Tarikh: Sabtu 30 November 2013
Masa : 8.30 pagi ke 5 petang.

Untuk mengikuti maklumat lanjut, anda juga boleh mengikuti kemaskini mereka di laman rasmi UCTC, dan juga laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Halaman rasmi UCTC

Advertorial daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nota: