Project Ara Akan Kekal Dengan Google – Menyertai Pasukan Android

Dengan Lenovo yang akan mengambil-alih Motorola Mobility, semestinya ramai yang ingin ketahui mengenai Project Ara. Google mengatakan transaksi ini tidak menyertakan pasukan Advanced Technology & Projects, termasuk Project Ara yang telah diumumkan sebelum ini.

Pasukan ini kini dilihat akan menyertai pasukan Google Android, sekaligus akan melapor terus kepada Sundar Pichai.

Pasukan Advanced Technology & Projects ini telah mengumumkan Project Ara sebelum ini yang mana merupakan salah satu projek modular untuk telefon pintar – membolehkan pengguna mengubah pelbagai komponen telefon pintar dengan mudah.

Pada awal pagi ini, pihak Google telah mengumumkan yang mana Lenovo akan mengambil-alih Motorola Mobility pada harga $2.91 bilion, dimana ia akan meliputi bahagian peranti dan juga beberapa paten berkaitan.

Nota: