Google Dilaporkan Pernah Berminat Mendapatkan Spotify

Terdapat beberapa perkhidmatan penstriman lagu dipasaran hari ini, dan salah satu yang popular adalah Spotify. Terkini, sebuah laporan baru hadir dari WSJ, mengatakan yang mana pihak Google pernah cuba mengambil-alih syarikat berkenaan pada tahun lepas.

Apa pun, salah satu sebab yang dikatakan mengapa pihak Google tidak jadi membeli Spotify adalah kerana harga permintaan Spotify yang agak tinggi – sekitar $10 bilion. Spotify ketika itu dinilaikan sekitar $4 bilion sahaja, dan permintaan tinggi ini mungkin tidak meyakinkan pihak Google ketika itu.

Apa pun, selain WSJ, laporan lain turut hadir mengatakan yang mana Google dan Spotify pernah berbincang untuk bekerjasama sahaja, dan bukan untuk tujuan pengambil-alihan. Namun, kedua-dua syarikat tidak pernah mengumumkan sebarang bentuk kerjasama sehingga kini. Disamping itu, ia turut dikatakan yang mana CEO Google, Larry Page berminat untuk mencuba beberapa kaedah untuk menambah pendapatan – selain bergantung kepada pengiklanan sahaja. Perkhidmatan berbentuk langganan merupakan salah satu bentuk janaan wang baru yang mana sedia diimplementasikan pada beberapa perkhidmatan Google.

Google boleh dikatakan mencuba pelbagai perkara dalam arena penstriman lagu, dimana selain hadir dengan beberapa penawaran menarik melalui Google Play Music, mereka juga baru-baru ini telah mengambil-alih Songza.

Spotify mempunyai perkhidmatan berbayar dan juga percuma, dimana hampir 30 juta orang menggunakannya secara percuma, dan 10 juta pelanggan berbayar. Mereka juga turut telah hadir dengan penawaran muzik percuma pada peranti mudah-alih dan desktop sebelum ini.

Apa pun, sekiranya Spotify diambil-alih oleh Google, adakah anda akan kekal menggunakannya?

Nota: