Pilihan CEO Untuk Microsoft Tidak Akan Diketahui Sehingga Awal Tahun 2014

Hari ini, salah seorang lembaga pengarah Microsoft telah berkongsi beberapa kemaskini berkaitan pencarian CEO baru untuk Microsoft, sekaligus menekankan yang mana calon yang sesuai hanya akan diketahui pada tahun hadapan.

Pencarian CEO Microsoft dikatakan telah dimulakan dengan lebih 100 calon, sebelum ia dikurangkan kepada lebih kurang 20 orang calon. Keputusan berkenaan calon akhir untuk CEO Microsoft dijangka akan diketahui pada awal 2014 kelak.

Menerajui Microsoft boleh dikatakan salah satu tugas besar, apatah lagi dengan syarikat berkenaan yang mempunyai pelbagai bahagian – dari komputer, peranti mudah-alih, permainan, perkomputeran awan, dan pelbagai aplikasi popular seperti Office dan juga Skype.

Sebelum ini, beberapa calon telah hangat diperkatakan, termasuk Alan Mulally daripada Ford. Namun, perkara tersebut ditidakkan apabila Ford mengatakan beliau akan kekal menjadi CEO Ford sepanjang tahun hadapan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan siapakah yang akan terpilih sebagai CEO ketiga untuk Microsoft, sekaligus mengantikan tugasan Steve Ballmer.

Nota: