//bina/ – Persidangan “Microsoft Build” Versi Malaysia – Akan Diadakan Pada 13 September

Bagi kebanyakkan pembangun yang mengikuti platform Microsoft, mungkin sedia mengenali akan persidangan Build yang mana menjadi tempat pengumuman pelbagai perkara baru, termasuk pengenalan Windows 8.1.

Terkini, Microsoft dilihat bekerjasama dengan pihak Telekom Malaysia dan MDeC dalam membawakan persidangan yang lebih kurang sama – memfokuskan kepada pembangun tempatan, melalui acara yang dinamakan //bina/.

Pelbagai topik bakal dibincangkan pada acara berkenaan, termasuk berkaitan dengan Universal Windows Apps yang diperkatakan ramai, dan tidak ketinggalan adalah mengenai UX & Cortana. Acara sampingan lain seperti hackathon dan perkongsian daripada pihak MSC dan MDeC turut dijadualkan pada tarikh tersebut.

Pendaftaran untuk acara ini adalah RM20, dan bersempena dengan Hari Kemerdekaan, mereka menawarkan diskaun dan membolehkan para pembangun mendaftarkan diri pada harga RM10. Microsoft dilihat turut menyediakan bas untuk para pembangun dari Pulau Pinang yang ingin ke acara tersebut.

Layari : //bina/

Nota: