Permainan Thor : The Dark World Sedia Dimuat-Turun Pengguna Peranti iOS

Gameloft sedia menawarkan beberapa permainan berasaskan kepada filem, dan terkini mereka turut menerbitkan permainan Thor : The Dark World untuk para pengguna peranti iOS.

Permainan Thor : The Dark World Sedia Dimuat-Turun Pengguna Peranti iOS

Melalui permainan ini, pengguna akan memainkan watak Thor dan perlu mengehentikan Dark Elves daripada terus menghancurkan dunia. Gameloft sendiri mengatakan yang mana permainan ini mengikut tema filem terbaru Thor berkenaan, dan membawakan rekaan grafik 3D yang menarik, dilengkapi sokongan kawalan mesra skrin sentuh.

Versi Android dijangka akan menyusul tidak lama lagi. Sementara itu, bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan permainan Thor : The Dark World ini daripada AppStore hari ini.

Baca juga:  E3 2014: Hyrule Warriors Diumumkan- Permainan Aksi Zelda Dengan Gaya Dynasty Warriors
Nota: