Modern Combat 5 : Blackout Turut Diterbitkan Untuk Windows Phone Dan Windows 8.1

Gameloft pada awal pagi tadi telah menerbitkan permainan FPS mereka untuk pengguna Android dan juga iOS. Kini, mereka turut sama telah menerbitkan permainan tersebut kepada pengguna Windows Phone.

Modern Combat 5

Membawakan bentuk permainan yang sama dan selari, ia membolehkan pemain memainkan pelbagai misi tembak-menembak berbentuk FPS pada peranti mudah-alih. Pelbagai jenis tahap disediakan, selain mana pengguna turut boleh memainkan permainan multiplayer yang disertai oleh sehingga 12 orang pemain untuk bersaing antara satu sama lain atau secara berkumpulan.

Selain pada Windows Phone, pihak Gameloft turut menerbitkan aplikasi ini untuk pemain Windows 8.1 dan juga Windows RT 8.1.

Permainan ini ditawarkan pada harga RM24.49 pada Windows Phone dan juga Windows 8.1.

Muat-Turun Modern Combat 5 untuk Windows 8.1 (sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan masih belum boleh dimuat-turun di Malaysia buat masa ini.

Nota: