Permainan RoboCop Diterbitkan Untuk Pengguna Android

RoboCopSelepas diperkenalkan untuk pengguna iOS minggu lepas, hari ini pihak Glu telah menerbitkan permainan mereka di Google Play Store, sekaligus membolehkan pengguna Android memuat-turun dan memainkannya.

Permainan RoboCop daripada Glu adalah permainan rasmi bersempena dengan filem RoboCop yang akan ditayangkan di pawagam pada penghujung bulan ini kelak.

Melaluinya, pengguna akan memainkan watak RoboCop, dan menentang musuh serta pada masa yang sama menyelamatkan orang awam daripada pelbagai ancaman.

Permainan ini ditawarkan secara percuma, dan seperti kebanyakkan aplikasi, ia hadir dengan sokongan pembelian-dalam-aplikasi.

Nota: