Peranti “Android Silver” Pertama Dijangka Hadir Pada Februari 2015

Keluarga peranti Nexus telah dimulakan oleh Google dalam usaha memudahkan pembangun membangunkan aplikasi untuk versi Android terkini. Namun, tahun demi tahun, peranti keluarga tersebut bukan sahaja digunakan oleh pembangun, tetapi juga oleh para pengguna seluruh dunia.

Terkini, ia dikatakan pihak Google akan menamatkan keluarga Nexus, dan sebaliknya memfokuskan kepada keluarga peranti baru dinamakan sebagai “Android Silver”.

“Android Silver” bakal memfokuskan kepada telefon pintar premium yang mana membawakan pengalaman penggunaan perisian seperti Nexus. Ia dikatakan akan membawakan konsep seperti Google Play Edition yang mana sedia melibatkan peranti popular daripada Samsung, HTC dan juga Sony.

Namun, perbezaannya ia akan turut memfokuskan jualan di luar selain daripada hanya di Play Store, termasuk kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan dipasarkan dengan lebih meluas.

Menurut @evleaks, peranti Android Silver pertama dijangka akan diumumkan sekitar Februari 2015 kelak. Untuk makluman, bulan Februari sedia terkenal untuk pengenalan pelbagai peranti baru – selari dengan Mobile World Congress. Pada tahun ini sahaja. Samsung dan Sony mengambil-pentas utama pada bulan Februari, dan perkara sama dijangka turut akan diadakan pada tahun hadapan.

Apa pun, buat masa ini, persoalan mengenai Android Silver masih banyak dan pihak Google tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

Nota: