Telefon Pintar OnePlus One Diperkenalkan Secara Rasmi

OnePlus sebelum ini telah mempromosikan dan hadir dengan beberapa teaser untuk telefon pintar mereka. Hari ini, secara rasminya mereka telah pun mengumumkan telefon pintar baru mereka yang dinantikan ramai itu.

OnePlus One

OnePlus One dilihat menggunakan kerangka berasaskan Magnesium, dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 801 2.5Ghz, memori 3GB RAM, skrin bersaiz 5.5-inci, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan bateri berkapasiti 3100mAh.

Secara kasarnya, dari segi spesifikasi, telefon pintar OnePlus One ini dilihat ingin bersaing dengan pelbagai pengeluar telefon pintar yang lain, termasuk beberapa telefon pintar popular yang diperkenalkan baru-baru ini – Galaxy S5, Xperia Z2 dan juga HTC One M8.

OnePlus One

OnePlus One

OnePlus One

Telefon pintar ini dilihat turut dilengkapi dengan speaker stereo yang diposisikan pada bahagian bawah, bersebelahan dengan ruangan pengecasan mikro-USB. Kami tidak ketahui lagi sama ada posisi tersebut akan memberikan kesan yang baik untuk audio ataupun sebaliknya.

OnePlus One

Dari segi sistem operasi, ia menggunakan CyanogenMod 11S. Versi yang dijalankan pada OnePlus One ini adalah variasi daripada versi Android 4.4 KitKat, serta membawakan rekaan tema khusus untuknya. Beberapa fungsi popular CyanogenMod turut hadir pada peranti ini termasuk seperti sokongan enkripsi SMS antara peranti CM, mengakses peranti menggunakan arahan suara (seperti MotoX), menggunakan gesture dan sebagainya.

Memandangkan ia menjalankan CyanogenMod, maka mungkin kita akan dapat melihat ia menerima kemaskini sistem operasi agak pantas berbanding beberapa peranti lain di pasaran.

OnePlus One dilihat membawakan tanda harga $299 (~RM997) untuk versi 16GB dan $349 (~RM1140) untuk versi 64GB. Apa pun, ia masih tidak dijadualkan untuk pelancaran di Malaysia. Negara paling hampir dengan Malaysia yang akan menerima peranti ini adalah Hong Kong.

OnePlus One

Nota: