Penternak Ular Mati Dipatuk Ular Tedung

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Penternak Ular Mati Dipatuk Ular Tedung | Bak kata orang orang tua, jangan disebut perkataan Ular dimana mana, apabila kita sebut seperti kita memanggilnya kepada kita, dan jangan sesekali buat main dengan binatang buas, sangat berbahaya, Penternak Ular Mati Dipatuk Ular Sawa, itu penternak, inikan pula kita yang biasa biasa, jom baca kenapa dia dipatuk :

Penternak Ular Mati Dipatuk Ular Tedung

BUTTERWORTH – Seorang penjinak ular maut kelmarin selepas dipatuk ular tedung jenis King Cobra yang cuba ditangkapnya pada 1 Februari lalu.

Mangsa, Mohd Sufian Mohd Zin, 21, meninggal dunia kira-kira jam 8 malam di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital terbabit.

Rakannya, Zainudin Mat, 23, berkata, mangsa merupakan seorang dari enam ahli kumpulan penjinak ular yang sering kali melakukan persembahan di merata-rata tempat.

Menurutnya, Sabtu lalu, Mohd Sufian menerima panggilan ada ular tedung di rumah pengadu.

“Dia bergegas ke rumah pengadu tanpa membawa sebarang peralatan dan memutuskan untuk hanya menggunakan tangan bagi menjinakkan ular terbabit.

“Bagaimanapun, ular terbabit bertindak agresif menyebabkan ibu jari tangan kiri mangsa dipatuk dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Difahamkan, mangsa memiliki pengalaman selama setahun menjinakkan ular dan aktif dalam memenuhi jemputan persembahan. – Sinar Harian

Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: MusicGroup

Penternak Ular Mati Dipatuk Ular Tedung
Beki Mustaffa

Baca juga:  Bangkai Sotong Gergasi Terbesar
Nota: