Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2013

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2014 | Maharaja Lawak Mega 2013 kini menghampiri kemuncaknya pada Jumaat ini 7 Febuari 2014. Apa apa pun sama sama kita enjoy Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2013.

Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2013

PENTAS Maharaja Lawak Mega semakin menghampiri kemuncaknya. Jika dilihat daripada 16 peserta, hanya lima peserta bakal beraksi di pentas final nanti.

Selepas kumpulan SYJ tersingkir di peringkat suku akhir, minggu lalu pada peringkat separuh akhir tiada pasukan yang tersingkir sekali gus membawa kesemua peserta ke peringkat akhir.

Melihat fenomena ini, sememangnya program ini telah menjadi salah satu pertandingan yang dinanti-nantikan ramai peminatnya di Malaysia.

Bukan sahaja di Malaysia malahan turut digemari sebilangan besar penonton dari Singapura. Fenomena ini merupakan satu perkembangan positif terhadap industri seni lawak Malaysia.

Namun, jika diperhatikan pasukan yang melakukan persembahan setiap minggu dengan baik tetapi dikecewakan dengan keputusan yang tidak memihak kepada mereka sekali gus tersingkir dari pentas persaingan.

Sepahtu, Shiro, Bocey, Nabil dan Jambu bakal berentap merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega. Setiap pasukan mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk bergelar juara namun, yang menentukannya adakah populariti atau prestasi?

Jika bersandarkan kepada persembahan peserta dari minggu pertama hingga minggu terakhir jelas terserlah elemen populariti mengatasi prestasi setiap peserta yang bertanding.

Hal ini kerana kumpulan yang baharu ditubuhkan dan kurang dikenali sering kali kurang mendapat perhatian dari segi undian daripada penonton.

Berbeza pula dengan kumpulan-kumpulan yang terkenal mereka mempunyai aura tersendiri dan berjaya menarik sokongan pengundi dan juri walaupun menampilkan persembahan yang kurang
memberangsangkan.

Setiap peserta yang bakal beraksi di pentas akhir Maharaja Lawak mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Artis undangan jadi penyelamat

Minggu ke-12 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandar Raya Johor Baharu (MBJB), menyaksikan kesemua lima peserta separuh akhir melakukan dua tugasan.

Tajuk tugasan pertama adalah zaman kolej dan kedua bersama artis undangan. Stadium MBJB dipenuhi hampir 6,000 penonton yang rata-ratanya adalah penduduk Johor serta tidak ketinggalan penonton dari Singapura.

Untuk tugasan pertama kumpulan Shiro, Bocey dan Jambu lebih menyerlah berbanding kumpulan Sepahtu dan Nabil. Shiro ternyata menampilkan persembahan yang bertenaga dan yakin di halaman sendiri kerana Shahrul dan Ajak merupakan anak jati Johor serta menerima sorakan padu daripada penonton.

Manakala persembahan kedua menyaksikan pelakon undangan seperti Datuk Rosyam Nor, Awie, Abby Yus, Harith Iskandar dan Hairul Azreen beraksi bersama peserta-peserta.

Ternyata aura yang dimiliki oleh mereka sama ada dari segi watak filem yang pernah dilakonkan mahupun kehebatan mereka semasa di atas pentas lakonan ditagih oleh peserta MLM kali ini.

Bagi Sheikh Haikal, dia cukup berpuas hati dengan artis undangan pada malam tersebut.

“Sebenarnya artis undangan yang dipilih oleh peserta-peserta sangat berpengaruh sebagai contoh Abby Yus yang dilihat berjaya membantu kumpulan Sepahtu.

“Selain itu juga kehadiran Harith Iskandar banyak memberikan impak kepada persembahan Nabil dan berjaya menyelamatkan Nabil.

“Sokongan penonton Johor Baharu juga merupakan satu kelebihan kepada pesertapeserta yang berasal dari negeri ini,” katanya.

Harap persembahan terbaik

Selepas berakhirnya minggu separuh akhir di Johor Bahru, rata-rata peminat mengharapkan persembahan yang terbaik bakal ditampilkan untuk malam terakhir nanti.

Tidak terkecuali juri tetap Maharaja Lawak Mega, Datuk Yusof Haslam yang berharap setiap pasukan mempamerkan persembahan terbaik dan kelainan untuk minggu terakhir.

“Untuk sampai ke peringkat akhir bukanlah satu tugasan yang senang, setiap minggu mereka berusaha memberikan yang terbaik.

“Keseluruhannya untuk separuh akhir saya lihat kesemua peserta melakukan yang terbaik mungkin ada beberapa pasukan sedikit merudum tetapi mereka telah melakukan yang terbaik untuk semua.

“Jadi untuk malam terakhir nanti, persembahan mereka perlu kuat dan saya tidak nafikan untuk membuat orang ketawa itu adalah satu perkara yang agak sukar,” katanya.

Bagi Sheikh Haikal, dia berharap sesetengah peserta yang sedikit tenggelam bangkit semula kerana peluang untuk memenangi pertandingan ini adalah sama rata.

“Bagi saya, kumpulan Sepahtu sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain.

Mereka sebenarnya merupakan kumpulan yang kuat, tetapi persembahan tidak begitu konsisten. Saya harap mereka mampu bangkit untuk final nanti,” katanya.

Ditanya mengapakan tiada penyingkiran pada separuh akhir, selaku Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani, berkata, dalam perancangan untuk Maharaja Lawak Mega kali ini, pihaknya menetapkan dua minggu tiada penyingkiran.

“Semasa persembahan di One Utama saya pernah menyatakan pihak kami telah telah menetapkan dua minggu tiada penyingkiran dan minggu lalu tiada penyingkiran,” katanya.

Menurutnya lagi, pentas akhir Maharaja Lawak Mega akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 7 Januari ini.

“Setiap tahun persembahan terakhir ini berlangsung di Stadium Melawati untuk memenuhi tuntutan dan juga menampung kapasiti yang besar buat penonton.

“Seperti biasa format final Maharaja Lawak Mega masih mengekalkan dua persembahan untuk setiap peserta.

“Saya berharap semuanya akan berjalan seperti yang dirancang dan berlangsung dengan baik,” katanya.

Tiket-tiket boleh didapati di www.ticketpro. com.my dengan harga RM55, RM35 dan RM25

Sumber

If you enjoyed this post, you should read this: Artikel

Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2013
Beki Mustaffa

Nota: