Pelan Internet MaxisONE Business Dilancarkan- Memfokuskan Kepada Perniagaan

Maxis yang baru-baru ini telah melancarkan pelan pascabayar MaxisOne untuk pengguna umum telah menambah tawaran yang dikhususkan untuk perniagaan. Pelan Internet semua-dalam-satu MaxisOne Business telah dilancarkan hari ini bagi memenuhi kehendak perniagaan industri kecil dan sederhana.

Melalui pakej yang ditawarkan, Maxis akan menawarkan perkhidmatan khusus untuk perniagaan antaranya pemantauan terhadap pekerja serta panggilan suara dan SMS tanpa had ke semua rangkaian. Tiada sekatan data dilakukan sekiranya perniagaan tersebut melebihi had kuota data internet. Khidmat sokongan 24 jam seminggu turut disediakan buat perniagaan. Harga peranti tertentu dari Maxis juga akan menerima diskaun dengan pakej ini antaranya Samsung Galaxy S5, Sony Xperia M2, siri Acer Liquid dan HTC One.

Terdapat tiga pakej yang ditawarkan Maxis. Plan paling minima bermula RM78 sebulan dengan had data sebanyak 1GB dan panggilan tanpa had hanya untuk rangkaian Maxis dan Hotlink. Pakej paling utama pula adalah RM188 sebulan dengan had data sebanyak 4GB, tambahan satu multi-sim serta panggilan tanpa had keseluruh rangkaian.

Maxis One Business

Maxis juga turut menawarkan perlindungan terhadap peranti milik syarikat, tetapi sesuatu syarikat perlu melanggan pakej daripada Maxis ini dan melanggan perkhidmatan perlindungan pada kadar RM29 sebulan untuk satu peranti.

MaxisOne Business

Nota: