Melaka Menyasarkan Kadar Penembusan Jalur-Lebar Mencapai Tahap 75% Pada 2015

MelakaSambungan rangkaian jalur-lebar boleh dikatakan telah menjadi salah satu keutamaan di kebanyakkan rumah hari ini, terutamanya untuk mendapatkan pelbagai informasi, disamping berinteraksi dengan rakan-rakan dan kenalan terdekat.

Perkara ini juga sekaligus membawa kepada usaha kerajaan untuk terus memperluaskan dan meningkatkan kadar penembusan jalur-lebar diseluruh negara.

Jikalau sebelum ini kita mendengar yang mana Malaysia menyasarkan untuk mencapai kadar penembusan sehingga 95% menjelang tahun 2020 kelak, hari ini negeri Melaka berkongsi sasaran mereka, dimana mereka menjangkakan untuk mencapai sehingga 75% pada tahun hadapan.

Mengikut statistik semasa yang dikongsikan melalui laman e-Melaka, pada suku pertama 2014 ini, kadar penembusan jalur-lebar di Melaka adalah sekitar 64.5%.

Nota: