Pandang Pertama : Sony Xperia T2 Ultra

Xperia T2 Ultra
Pemproses1.4GHz Snapdragon 400
RAM1GB
Muatan Dalaman8GB
Kamera13-MP Belakang, 1.1-MP Depan
Skrin6.0-inci 720×1280 pixel
Bateri3000 mAh

Sony Mobile pada tahun lepas telah memperkenalkan phablet mereka yang pertama berasaskan Android, dinamakan sebagai Xperia Z Ultra. Ia merupakan peranti dengan spesifikasi tinggi, dan pada tahun ini mereka telah memperkenalkan Xperia T2 Ultra yang mana merupakan versi phablet dengan spesifikasi pertengahan daripada Sony.

Rekabentuk

Dari segi rekabentuk, berbeza dengan beberapa peranti Sony yang lain, Xperia T2 Ultra tidak membawakan rekaan kalis air dan debu. Namun, ia masih mengekalkan beberapa rekaan ikonik Sony, terutamanya bahagian butang kuasa pada peranti Xperia turut dikekalkan pada Xperia T2 Ultra.

Disamping itu, ia menggunakan binaan kerangka berasaskan plastik, dan dilihat mudah merakamkan kesan cap jari, serta memantulkan cahaya dan bayang-bayang padanya.

Dari segi saiz, ia sedikit kecil berbanding Xperia Z Ultra, dimana phablet Xperia T2 Ultra ini sekadar membawakan skrin bersaiz 6-inci, tetapi turut hadir dengan beberapa fungsi khusus, termasuk antaramuka yang dioptimasikan untuk paparan secara melintang.

Kamera

Pada bahagian belakang, Xperia T2 Ultra dilihat menyertakan sokongan Flash, dimana merupakan salah satu kekurangan yang dikomen ramai pada Xperia Z Ultra.

Dari segi spesifikasi, kamera belakang membawakan sensor 13-megapixel dengan sokongan rakaman HDR, video 1080p dan sebagainya, sementara kamera hadapan pula dilengkapi dengan sensor 1.1-megapixel untuk sokongan panggilan video.

Fungsi Khusus

Tiada begitu banyak fungsi khusus yang disertakan pada phablet baru daripada Sony ini. Untuk makluman, peranti ini membawakan sokongan dwi-SIM, membolehkan pengguna untuk menggunakan dua rangkaian telekomunikasi pada satu telefon.

Disamping itu, memandangkan ia menggunakan skrin bersaiz besar, maka pihak Sony turut menyertakan sokongan “One Hand Usage”, dimana membolehkan pengguna membuat beberapa kawalan, seperti melihat notifikasi dan menaip dengan lebih mudah menggunakannya.

Telefon pintar ini turut dilihat dilengkapi sokongan NFC dan 4G LTE – sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat pelbagai perkongsian dengan lebih pantas.

Keseluruhan

Daripada penggunaan kami, peranti ini tidak mengalami sebarang lengah masa, malah lebih selesa untuk dipegang pada tangan – sedikit berbeza dengan Xperia Z Ultra yang mempunyai rekaan agak “petak”.

Mungkin sekiranya Sony Mobile Malaysia meletakkan harga yang sesuai, ia bakal menarik ramai peminat untuk mendapatkan peranti phablet daripada Sony ini.

Sony Mobile Malaysia dijangka akan memperkenalkan peranti ini seawal bulan hadapan. Harganya tidak diketahui lagi buat masa ini.

Nota: