Google Dan Intel Mengumumkan Chromebook Berasaskan Bay Trail-M

ChromebooksIntel dan Google hari ini dilihat mengumumkan beberapa komputer riba berasaskan Chrome OS yang akan hadir tidak lama lagi, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Bay Trail-M.

Antara pengeluar awal yang akan hadir dengan komputer riba berasaskan cip tersebut tidak lama lagi adalah termasuk Acer, ASUS, Lenovo, dan juga Toshiba. Cip ini dikatakan menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 11 jam, salah satu perkara yang menarik bagi mereka yang sering bekerja di luar.

Selain daripada itu, LG turut dilihat akan hadir dengan Chromebase dan HP pula akan hadir dengan Chromebox.

Semua komputer ini menggunakan sistem operasi berasaskan Chrome OS, yang mana memfokuskan sepenuhnya kepada sistem operasi berasaskan awan, dan menggunakan perkhidmatan Google sepenuhnya.

Buat masa ini, Chromebook yang dipasarkan di Malaysia hanya daripada Samsung sahaja dan memfokuskan kepada kegunaan di sekolah. Ia tidak diketahui lagi sama ada semua pengeluar ini akan menawarkan komputer riba dan pelbagai peranti lain berasaskan ChromeOS ini untuk pasaran Malaysia ataupun sebaliknya.

Nota: