Oppo N1 Mini Diperlihatkan – Skrin Bersaiz 5-inci, Kamera Boleh-Putar 13-megapixel

Lanjutan beberapa desas-desus sebelum ini, hari ini Oppo secara rasminya telah memperlihatkan Oppo N1 Mini, yang mana membawakan rekaan peranti bersaiz sedikit kecil dengan versi asal.

Oppo N1 Mini

Oppo N1 sebelum ini hadir dengan skrin 5.9-inci yang mana agak besar untuk kebanyakkan pengguna. Untuk versi Oppo N1 Mini, ia hadir menggunakan skrin bersaiz 5-inci dan paparan pada resolusi 720p sahaja.

Selain itu, ia menggunakan cip pemprosesan lapan-teras MediaTek, dan memori sebanyak 1GB RAM. Untuk bateri, ia menyertakan bateri berkapasiti 2140mAh, selain mana mengekalkan kamera boleh putar 13-megpaixel.

Oppo N1 Mini ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Jun ini. Memandangkan Oppo sedia mempunyai penawaran peranti di Malaysia, mungkin kita akan turut dapat melihatnya memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Nota: