Huawei Honor 6 Diperkenalkan – 5-inci, Cip Lapan Teras, LTE

Terkini, Huawei telah pun memperkenalkan satu lagi peranti terbaru mereka, iaitu Huawei Honor 6, yang mana membawakan pelbagai spesifikasi terkini dengan rekaan peranti yang memfokuskan kepada kenipisan dan keselesaan pada tangan.

Huawei Honor 6

Huawei Honor 6 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p. Telefon pintar ini turut menggunakan cip pemprosesan Kirin 920 yang diumumkan baru-baru ini, dimana hadir dengan mengabungkan teras berasaskan Cortex-A15 dan juga Cortex-A7. Disamping itu, peranti ini turut menggunakan memori sebanyak 3GB RAM, dan kamera belakang 13-megapixel. Untuk rakaman gambar hadapan dan panggilan video, pihak Huawei menyertakan kamera hadapan 5-megapixel untuknya.

Huawei Honor 6 turut hadir menggunakan Android 4.4.2 KitKat, dan antaramuka khusus daripada Huawei, dinamakan sebagai EmotionUI 2.3.

Huawei Honor 6

Huawei Honor 6

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah peranti Huawei Honor 6 ini akan memasuki pasaran tempatan. Sekiranya pihak Huawei merancang membawanya ke Malaysia, berkemungkinan ia tidak akan mengambil masa yang lama memandangkan di Malaysia terdapat platform jualan tersendiri, dinamakan VMall daripada Huawei.

Nota: