Nokia HERE Maps Dengan Sokongan Offline Bakal Hadir Untuk Android Dan iOS

Nokia sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Samsung dalam menawarkan HERE Maps untuk peranti Samsung Galaxy. Selain daripadanya, mengikut laporan baru, Nokia dikatakan akan menawarkan perkhidmatan pemetaan mereka kepada pengguna iOS dan Android (selain peranti Galaxy) tidak lama lagi.

Samsung Nokia HERE

Nokia dilihat akan memperkenalkan aplikasi HERE Maps mereka untuk kedua-dua peranti ini sebelum penghujung tahun ini.

Salah satu kelebihan yang akan hadir pada aplikasi ini kelak adalah sokongan navigasi offline, sekaligus membolehkan ia bersaing dengan pelbagai perkhidmatan sedia ada termasuk Google Maps dan juga Apple Maps.

Mungkin dengan penawaran ini juga, pihak Nokia mungkin mencari cara untuk menjana pendapatan melaluinya, disamping menambah angka pengguna HERE Maps mereka diseluruh dunia.

Nota: